Wednesday, August 10, 2016

Malu? Move on.


Sejak akhir-akhir ini banyak betul peristiwa-peristiwa yang memalukan. Hissh, Memang rasa nak sorok muka je masa tu.

Terkentut dengan kuat secara tak sengaja.

Tersalah cakap masa mesyuarat depan ramai orang berkepentingan.

Tudung tertarik ke belakang.

dan macam-macam lagi.

Benda ni mungkin pada sesetengah orang rasa kecil, tapi bagi aku yang menghadapinya nak hilangkan rasa malu teramat sangat ni struggle juga.

Apakan daya memang ke hadapi juga.

Bila hadapi situasi yang memalukan ni selalunya benda first yang aku akan buat ialah tenangkan diri dan minta diri tu sedar yang kita berada di alam realiti. 

Benda kedua aku buat, aku kena admit yang memang aku dah terbuat perkara-perkara yang memalukan. Jangan menafikan. Tak kiralah dalam hati mahupun di mulut. 

Ketiga, aku akan motivasikan diri aku perkara-perkara yang memalukan dan kehidupan adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan. Lusa tulat orang akan lupa apa yang terjadi kat kau. Dan paling extreme motivasi yang aku buat untuk hadapi rasa malu yang teramat ni, aku akan berfikir semua ni sekejap je. Hidup ni sekejap, Nak rasa malu lama-lama tak berbaloi.

Dan lepas tu aku akan buat apa-apa yang boleh mengalihkan fikiran kau dari terus-terusan fikir pasal malu.

Itulah cara aku.

Monday, February 15, 2016

Bebel #5 : Kaki Tidur


Ada satu masa waktu aku sekolah menengah dulu yang paling aku tak boleh sampai sekarang. Dulu aku duduk asrama. Budak-budak asrama ni boleh disinonimkan dengan kaki tidur kat kelas. Bukanlah semua tapi boleh kata ramai kot. Selalunya ramai budak lelaki. Budak berulang (budak yang berulang dari rumah tidak menetap di asrama) boleh kata dengan jarilah diorang ni takdenya nak tidur-tidur dalam kelas.

Aku memang kaki tidur. Boleh kata hampir semua subjek lah mesti mata aku nak terlelap. Aku taktaulah kenapa. Aku dah cuba tahan mata aku ni dari lelap tapi penangannya...Ya Allah waktu tu hanya tuhan saja yang tahu betapa seksanya tahan ngantuk.

Tahap kaki tidur aku tu sampai air liur basi meleleh-leleh banjir lah kat meja aku. Bila aku kenang balik, perghh memang malu gila. Budak perempuan macam ni pun ada ke.

Ada satu kisah yang paling aku tak boleh lupa disebabkan oleh perangai kaki tidur aku ni. Waktu tu kelas matematik. Cikgu tu pun mula bercerita, " Dulu ada seorang budak perempuan. Dia memang pandai matematik. Selalu dapat markah tinggi dalam ujian." kata dia sambil pandang aku. Aku pun apa lagi mata terus bulat macam terasa dia nak cerita puji aku.

"Tapi satu je, dia ni suka tidur dalam kelas. Entah macam mana satu hari dia tidur lepas tu tu dah tak bangun-bangun. Innalillah rupanya".

Lepas tu mata aku terus buntang. Waktu kelas masa tu jelah. Kelas dia selepas itu sama je perangai aku. Kah kah kah.

Ampun cikgu.

Saturday, February 6, 2016

Bebel #4

Tadi ada baca satu status di FB. Bunyi lebih kurang begini.

"Buat kerja apa yang perlu kita buat, bukan apa yang suka kita buat"

At first aku baca ayat ni macam ada yang tak kena. Tapi bila baca berkali kali dan cuba fahamkan, akhirnya aku sedar sesuatu hidup ni bukannya tentang sesuatu yang kita suka sahaja, sebab memang selalunya kita akan terpaksa hadap buat sesuatu yang kita tak suka tapi kita terpaksa buat sebab akhirnya ia adalah untuk kebaikan diri kita juga.

Nak buat sesuatu dan menghadap perkara yang kita tak suka memang perlukan kesabaran, ketabahan dan kecekalan. Agaknya itulah resepi orang berjaya. Bertahan dalam masa yang sukar untuk mendapatkan manisnya perjalanan yang sukar demi menggapai kejayaan. 

After all, kalau tak capai misi berjaya pun, pengalaman menempuh liku liku kesukaran itu sesuatu yang lagi berharga bukan. Sebab ia mengajar diri menjadi lebih baik dan matang dalam hidup,

Bila fikir fikir balik, aku memang selalu merungut tentang hidup aku pun. Aku sibuk fikir apa yang aku suka buat untuk aku rasa gembira dan bahagia sentiasa. Sedangkan itu adalah suatu yang fantasi. Realitinya hidup ini bukan macam tu. Aku tak pernah terfikir pun apa yang perlu aku buat untuk diri dan  bertahan untuk tempoh itu. 

Bertahan. Tiba tiba perkataan itu adalah sesuatu yang sukar untuk aku.

Friday, February 5, 2016

Bebel #3

Aku dapat berita kawan rapat aku masa degree, Mar sudah menamatkan zaman bujang dia hari ni. Aku ingatkan esok majlis nikahnya. Rupanya tadi. Beberapa hari lepas dia ada jemput aku datang kenduri kahwin dia hari sabtu ni. Niat di hati memang nak pergi jumpa dia dan dapatlah lepak dengan lagi sorang geng nama dia Angah.

Bila ingat diorang aku rasa macam rindu gila. Tak sangka kawan rapat yang dua orang ni dah kahwin. Dan tiba tiba buatkan aku rasa rendah diri dengan diorang sebab aku je yang belum kahwin lagi.

Entah kenapa benda ni buatkan aku rasa macam pilu. Aku rasa macam perkahwinan itu adalah sesuatu yang jauh untuk aku, pendek kata bukan untuk aku. Kalau boleh aku tak mahu fikir pun, serasa macam ia menghiris hati aku. Ibarat macam aku dah letakkan satu jarak dan semakin lama ia semakin jauh dari aku. 

Itu sebab bila orang tanya aku, doakan aku pasal kahwin ni, aku tak mampu nak cakap apa apa. Mampu senyum je. Nak menolak rasa macam tak elok, nak mengiyakan aku rasa macam ia bukan sesuatu yang pasti.

Pendek kata aku rasa macam dah serik tentang hubungan yang mengaitkan hati dan perasaan ni. Entah bila aku tak perasan aku dah mula tanamkan satu prinsip dalam diri yang hati manusia ni tak boleh dipercayai. Boleh berubah bila bila masa. Aku tak percaya hati manusia. Tak payahlah cakap pasal hati, sejujurnya aku sendiri tak percaya hati aku.

Sekali kau terjebak dengan cinta yang melalaikan, kau adalah orang paling tidak berguna. Tak nak aku jadi mayat hidup. Cukupla. Sangat menderita tau tak. Macam orang takde arah hidup.

Jadi oleh itu, bagi mengelakkan aku dizalimi dan aku menzalimi orang, adalah lebih baik aku tidak melibatkan diri dengan perkara perkara macam ni.

Adakah betul apa yang aku buat ni?

Tuesday, February 2, 2016

Bebel #2


Hidup dalam kenangan memang sangat sucks. Kau tak kan boleh move on kalau asyik ingat cerita lama. Lasti last apa yang kau buat sekarang ni jadi sia-sia dan kehidupan masa hadapan kau hancur sebab masa ini kau tak nikmati dengan sebaiknya.

Semalam adalah sejarah, masa depan adalah sesuatu yang tidak pasti, dan hari ini yang patut kau nikmati.

Bebel #1






"Begitulah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepadanya. Dan lupa kekejaman dirinya sendiri kepada orang lain."


-Zainuddin, Tenggelamnya Kapal Van Der Wick



Itulah aku.